MillatFacebook helps you connect and share with more than 1.57 Billion Muslims and Sweet people from other Religions.
Register Here millatfacebook.com

Saturday, June 5, 2010

Peluru Berselirat Pada Mayat Misi Bantuan Gaza

LONDON: 5 Jun – Bedah siasat mayat sembilan warga Turki yang dibunuh tentera Israel ketika menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menunjukkan peluru berselirat dan kebanyakannya ditembak dari jarak dekat.

Akhbar British, The Guardian hari ini memetik Yalcin Buyuk, Naib Pengerusi Majlis Perubatan Forensik Turki yang menjalankan bedah siasat yang diarahkan oleh Kementerian Keadilan, menyebut salah seorang mangsa ditembak bertalu-talu lebih 30 kali.

Seorang mangsa, lelaki berusia 60 tahun pula ditembak empat kali di dahi, dada, pinggul dan belakang badan, manakala seorang warga Amerika kelahiran Turki ditembak dari jarak dekat di muka, belakang kepala, dua kali di kaki dan satu di belakang badan.
Dua lagi lekaki ditembak empat kali, lima mangsa ditembak di belakang badan dan kepala, kata Buyuk.

Ketika ini berlaku konflik antara pihak berkuasa Israel dan aktivis yang terbabit mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika dalam serangan pada waktu subuh Isnin lalu terhadap kapal ke Gaza itu.

Israel berkata, komandonya hanya melepaskan tembakan selepas mereka diserang dengan pisau, senjata tajam dan kayu.

Ketua Yayasan Bantuan Kemanusiaan Islam, KemaBulent Yildirim, berkata ketika serangan berlaku, aktivis hanya menggunakan batang besi sebagai mempertahankan diri. – AFP /MediaUMNO


Sumber : umno-online.com

0 comments:

Post a Comment